RESEPI AYAM MASAK BALI
------- BAHAN-BAHAN --------
* (5-6 orang)
➜ Ayam
➜ 6 ulas bawang merah
➜ 2 ulas bawang putih
➜ 2 sudu besar serbuk kunyit
➜ 1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
➜ 1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
➜ 1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
➜ 3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
➜ Kicap pekat
➜ Cili kering
➜ 1 tangkai daun kari
➜ 3-4 helai daun limau purut
➜ Asam keping
➜ Minyak masak
➜ Garam dan gula
-------CARA MASAK--------
1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat.
3. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
4. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali.
5. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
6. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi.
7. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
9. Siap untuk dihidangkan.
10. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.
Okey, selamat mencuba
Resipi ini telah diambil di blog...
dapurmalaysia.com
RESEPI DI ➜ Coretan Dapurku
No comments: