RESEPI PANCAKE SOS STRAWBERI
------- BAHAN-BAHAN --------
➜ 1 cawan tepung gandum
➜ 1 sudu besar gula
➜ 1 sudu kecil baking powder
➜ 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
➜ 1/4 sudu kecil garam
➜ 1 cawan susu
➜ 1 biji telur
➜ 2 sudu besar minyak sayur
------- CARA MASAK --------
➜ Satukan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan gula di dalam mangkuk yang sesuai.
➜ Buatkan lubang ditengah-tengah adunan tepung tadi .
➜ Dalam bekas lain pukul telur,susu dan minyak .
➜ Kemudian tuang semua adunan susu dan telur tadi ke dalam tepung gandum di bahagaian lubang tengah tadi.
➜ Gaul semua bahan-bahan sehingga sebati dan adunan mesti la tidak berketul-ketul.
➜ Panaskan frying pan , sapukan butter secukupnya , senduk adunan tepung tadi dan tuang ke dalam fying pan.
➜ Terbalikkan pancake dan biarkan kedua belah bahagian pancake kekuningan garing atau sampai masak .
➜ Angkat dan sedia untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA...!
Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>> resepisedap-nennie.blogspot.com
RESEPIKU di Coretan Dapurku
==================================
Puan selalu GAGAL buat pancake gebu dan cantik? Kalau jawapan puan YA...jom belajar rahsia buat pancake cantik dan gebu disini >>>http://www.youtube.com/watch?v=PX-4ooYOrgw
No comments: