Ads Top

RESEPI AYAM POPCORN RANGUP



-------- BAHAN-BAHAN --------

➜ 400gram daging ayam bahagian dada ( tanpa tulang)
➜ 1 biji putih telur
➜1/2 cawan tepung kanji kentang ( katakuriko) buleh ganti dengan tepung beras
➜ 1/4 cawan tepung gandum
➜ 1/2 cawan tepung goreng ayam ( cap ape2 pun boleh)
➜ sedikit lada sulah
➜ sedikit garam

-------- CARA MASAK--------
➜ Potong dada ayam kecil-kecil, basuh dan toskan.
➜ gaul ayam dengan garam dan lada sulah serta tepung gandum, ketepikan, pastikan ayam disalut dengan tepung gandum.
➜ Campurkan tepung goreng ayam bersama tepung kanji kentang, kemudian celup ayam bersama putih telur, akhir sekali gaulkan ayam bersama adunan tepung kanji kentang dan tepung goreng ayam tadi, buat satu-satu supaya adunan betul-betul menyaluti permukaan ayam popcorn.
➜ Susun di atas pinggan dan masukkan dalam ruang sejuk beku, biarkan seketika lebih kurang 1 jam, setelah beku baru masukkan dalam bekas plastik atau boleh digoreng terus. Ini bagi mengelakkan ayam melekat antara satu sama lain setelah dipacking nanti. Selamat Mencuba.

Nota: Masa dah selesai salut ayam popcorn ni, bila nak masuk peti ais sejuk beku tu, pastikan ayam tidak ditindah satu sama lain supaya ia tidak melekat, bila dah betul-betul beku baru boleh di satukan di dalam plastik atau bekas.

Resipi ini telah diambil di blog...
jintanmanis.com

RESEPIKU DI @Coretan Dapurku


No comments:

CORETAN DAPURKU. Powered by Blogger.