RESEPI HOMEMADE FISHCAKE
Sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula..mmg ia sangat kenyal dan seperti dijual dikedai2 yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu...insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita..
-------- BAHAN-BAHAN--------
➜ 500gm isi ikan tenggiri segar
➜ 3 sudu kecik (menggunung) tpg jagung
➜1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend nanti ce rasa jgn masin sangat ye sbb nanti time sejuk lagi masin)
➜ sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
➜ 1 sudu kecil serbuk lada sulah
➜ 1 cup air sejuk (dr air batu)
** anda boleh menggantikan dgn fish fillet tapi abaikan/jgn taruk air ye sbb dlm fillet tu dah ada kandungan air dah... so abaikan sukatan air tu
--------CARA MASAK--------
1. Isi ikan tenggiri diambil ..kulit takmau ye dan diblend halus saya guna food prosessor
2. Kemudian masukkan sedikit air ais ..kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk ajinomoto taruk sikit)
3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tpg jagung dan kisar lagi..
4. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi ..loyang tu biarla boleh masuk dlm periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas..
5. Masukkan adunan ikan tadi dlm bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak kluarkannya..(mcm buat serimuka)ratakan ia serta padatkannya.. menggunakan minyak yang disapu dijari anda utk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak..dlm 15 minit atau sehingga masak
6. terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..
7. panaskan minyak terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.. angkat dan toskan minyak siap..
-------- Coretan Resepi PuanTahrunnisah Jali --------
>>> https://www.facebook.com/ayong5342
No comments: