Ads Top

RESEPI KUIH KERIA/KUIH GELANG

RESEPI KUIH KERIA/KUIH GELANG


-------- BAHAN-BAHAN--------
(anggaran 8 - 10 biji)

300 gm keledek - dikupas dan direbus lembut. 
1 1/3 cawan tepung gandum (ikut lembut)
1/2 sudu teh garam
air secukupnya untuk merebus keledek
Bahan Sira Gula:-
2 sudu besar gula pasir (Nak Manis Boleh Tambah)
3 sudu besar air

--------CARA MASAK--------
Potong kasar sikit keledek tadi, dan rebus hingga lembut. Toskan.Lecek keledek sekaligus dengan gula pasir hingga hancur dan halus.Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh dan boleh dibentuk.Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya atau boleh jugak digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak.


--------UNTUK SIRA GULA--------
Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbih-buih jernih dan kering sikit, masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul hingga gula bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan

--------SIAP--------

No comments:

CORETAN DAPURKU. Powered by Blogger.