RESEPI BIHUN GORENG KUNYIT
Resepi ringkas ni, hidangan ni memang sesuai di sajikan untuk anak2. Bihun ni tak pedas dan sesuailah untuk anak2 kecil. Warnanya yang kuning keemasan juga amat memikat selera. Tapi untuk resepi ni ita tambahkansedikit cili api pada bahan tumisan agar terasa sedikit kepedasannya. Ita gantikan ayam dengan daging dan lain-lain bahan ita ubah suai mengikut bahan2 yang ada di dapur ita aje.
------- BAHAN A --------
➜ 1 bungkus bihun ~ direndam hingga lembut/semalaman ~ toskan
➜ 1 keping dada ayam ~ dipotong kiub kecil
➜ 2 bungkus fish ball / 4 keping fishcake ~ dihiris tebal
➜ 2 biji telur
➜ ¼ biji kobis ~ dihiris halus
➜ 1 ketul brokoli ~ di potong
➜ 2 ~ 3 biji cili hijau ~ dihiris
➜ 6 ulas bawang merah ~ hiris nipis
➜ 3 ulas bawang putih ~ hiris nipis/cincang
➜ 1 s/k serbuk kunyit
➜ 1 s/k lada sulah
➜ 1 ½ ~ 1 ¾ s/k garam
➜ ½ s/k serbuk perasa
➜ 1 kiub ikan bilis
➜ 2 cawan air
➜ ½ cawan minyak masak
------- CARA MASAK --------
➜ Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau2 hingga ayam bertukar warna.
➜ Masukkan fishball atau fishcake. Kacau2 lagi hingga ayam masak.
➜ Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.
➜ Kacau2 sikit telur biar jadi agak hancur (scramble) dan berketul2.
➜ Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
➜ Masukkan semua sayuran & air biarkan sebentar.
➜ Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak. Sambil dikacau boleh potong bihun yg panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.
➜ Sedia untuk dihidangkan.
➜ Boleh juga di hidangkan bersama telur dadar dan cili jeruk
PERINGATAN :
➜ Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.
SELAMAT MENCUBA...!
NOTA :
Mama Watie suka sangat tengok blog resepi Puan Azlita. Suka sangat tengok gambar2 yang diambil My Favourite!
Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>>www.azlitamasammanis.com
RESEPIKU di Coretan Dapurku
No comments: