RESEPI DAGING MASAK HITAM
------- BAHAN-BAHAN --------
➜ 100 ml minyak masak
➜ 3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
➜ 500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. ➜ Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi
------- BAHAN KISAR HALUS --------
➜ 2 tangkai daun kari
➜ 8 ulas bawang merah
➜ 5 ulas bawang putih
➜ 3 cm halia
➜ 2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
➜ 2 sudu besar rempah kari daging
➜ 8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak
------- BAHAN SOS --------
➜ 4 sudu besar kicap pekat
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin.
➜ Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
➜ 125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh
➜ 1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air ,
➜ ambil air asamnya sahaja
➜ Gula dan garam secukup rasa
➜ 1 kiub daging
------- CARA MASAK --------
➜ Cara Penyediannya
➜ Pijarkan minyak dalam kuali
➜ Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
➜ Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
➜ Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum
➜ Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
➜ Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
➜ Kacau rata sehingga kuahnya pekat
➜ Perasakan dengan garam dan gula
➜ Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
➜ Kacau hingga cili layur
➜ Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!
SELAMAT MENCUBA...!
NOTA :
Mama Watie favourite blog resepi adalah dari Puan Azlita. Suka sangat tengok gambar2 yang diambil. Cantik
Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>> www.azlitamasammanis.com
RESEPIKU di Coretan Dapurku
No comments: