Ads Top

RESEPI PINEAPPLE CHICKEN



------- BAHAN-BAHAN A --------
➜ 3 keping peha ayam _ buangkan kulitnya dan dipotong kecil
➜ 6 keping nenas dalam tin
➜ 1/2 biji capsicum hijau _ dipotong kecil 
➜ 1 inci halia _ dihiris halus
➜ 2 ulas bawang putih _ dihiris kasar
➜ 7 tangkai cili kering _ dipotong 2
➜ Minyak untuk menggoreng

------- BAHAN-BAHAN PERAP --------
➜ 1 biji telur
➜ 1 tsp serbuk kari Baba's
➜ 1/2 tsp 5 spice powder
➜ 1/4 tsp perencah pati ayam Tumix
➜ Garam secukup rasa
➜ 1 tsp gula
➜ 1 1/2 tbsp tepung jagung
➜ 1 tbsp tepung kastard

------- BAHAN-BAHAN SOS --------
➜ 2 tbsp sos cili Thai
➜ 4 tbsp sos cili Maggi
➜ 1 1/2 tbsp sos plum
➜ 1/2 biji lemon _ ambil jusnya
➜ 5 tbsp syrup nenas dalam tin
➜ 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
➜ Sedikit gula
➜ Garam secukup rasa

------- CARA MASAK --------
➜ Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata. Perap ayam selama 30 minit - 1 jam.
➜ Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
➜ Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan gorengkan capsicum selama 20 saat. Angkat dan ketepikan.
➜ Masukkan halia dan bawang putih. Tumis hingga terbit aromanya.
➜ Kemudian masukkan cili kering dan goreng lagi sehingga cili kering bertukar warna.
➜ Selepas itu masukkan bahan-bahan sos dan sesuaikan rasa.
➜ Biarkan ianya mendidih seketika.
➜ Masukkan ayam goreng dan capsicum. Gaul rata dan tutupkan api.
➜ Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.

SELAMAT MENCUBA...!

Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>> skybluemelleymey.blogspot.com

RESEPIKU di Coretan Dapurku

No comments:

CORETAN DAPURKU. Powered by Blogger.