RESEPI ROTI RAISIN + COKLAT PISANG SANDWICH
Resipi yang simple dan sihat. Kalau terasa macam berat sangat roti tu, boleh tukar pada roti biasa jer. CT tak buat pun roti kismis ni, tapi beli yang ready made kat kedai roti jer senang dan cepat. Sambil nak menunggu CMG ditemu bual, sempat lah kalau nak sediakan roti ni untuk dikunyah2 kan. Okey kita terus ke resipi yang simple dan senang nak disediakan ni ya.
------- BAHAN --------
➜ Beberapa keping roti Kismis / roti putih - Yang 4 segi tu ya
➜ 2 biji pisang montel - hiris serong dan nipis
➜ Jem Nutella (atau sebarang jem coklat kegemaran masing2)
➜ Sedikit butter - untuk panggang roti
------- CARA MASAK --------
➜ Sapu jem nutella pada kedua2 keping roti.
➜ Lapiskan pisang hiris diatas roti dan lapikkan roti yg sekeping lagi.
➜ Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti tadi. Tekan sedikit roti dengan jari semasa memanggang. Lebih-kurang 10 saat, terbalikkan sebelah pula. Panggang lagi 10 saat dan bolehlah diangkat.
➜ Potong dua dan hidangkan untuk sarapan atau minum petang. Mudah dan cepat, senang kan
SELAMAT MENCUBA...!
Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>> sitidelima.net
RESEPIKU di Coretan Dapurku
No comments: