Ads Top

RESEPI YORSHIRE PUDDING BERSOSEJ


------- BAHAN --------
➜ 1 cawan telur yang d pukul ringan
➜ 1 cawan tepung gandum _ d ayak
➜ 1/2 cawan susu segar
➜ 1/2 cawan air
➜ Garam secukup rasa
➜ Serbuk lada hitam
➜ Sedikit minyak
➜ 10 batang Ayamas koktel sosej ayam berkeju
➜ 2 ulas bawang merah _ d hiris

------- CARA MASAK --------
➜ Masukkan tepung, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ke dalam mangkuk.. gaul rata.
➜ Buat lubang d tengah²nya dan masukkan telur dan pukul hingga sebati.
➜ Satukan air dan susu segar..
➜ Masukkan bancuhan susu dan air tadi ke dalam adunan tepung dan telur sedikit demi sedikit d samping d pukul d setiap kali menambah bancuhan susu dan air tadi..
➜ Pukul sehingga sebati.
➜ Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam.
➜ Pukul lagi seketika semasa hendak d bakar.
➜ Panaskan oven pada suhu 240°C dan masukkan acuan yang telah d isi dengan sedikit minyak ( sapukan juga d seluruh permukaan acuan tu ).
➜ Panaskan selama 3 - 5 minit ( sehingga minyak cukup panas ).. masukkan sosej dan bakar selama 3 minit.
➜ Kemudian keluarkan dari oven dan terus tuangkan adunan pudding tadi hingga memenuhi acuan dan taburkan bawang merah d atasnya.
➜ Bakar semula selama 10 - 15 minit atau sehingga ianya masak.
➜ Angkat dan makan bersama sos kegemaran.

SELAMAT MENCUBA...!

Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>> skybluemelleymey.blogspot.com

RESEPIKU di Coretan Dapurku

No comments:

CORETAN DAPURKU. Powered by Blogger.