Ads Top

RESEPI "STEAMED BOXING" KARI AYAM



➜ 8 keping peha ayam ( ambil bahagian bawahnya sahaja ) _ buangkan kulitnya
➜ 1 inci halia _ dihiris halus
➜ 2 ulas bawang putih _ dicincang
➜ 4 biji cili padi _ dihiris
➜ 3 tangkai daun kari
➜ 2 ulas bawang merah _ dihiris
➜ 175 ml air
➜ Minyak untuk menggoreng dan menumis

------- BAHAN B (Dicampurkan) --------
➜ 1/4 tsp serbuk cili
➜ 4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
➜ 1 tsp serbuk kunyit
➜ Sedikit air panas

------- BAHAN C (Secukup rasa) --------
➜ Garam
➜ Gula
➜ Gula melaka
➜ Asam jawa + sedikit air _ buangkan bijinya

------- BAHAN PERAP --------
➜ 1 tsp garam
➜ 1 tsp gula
➜ 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
➜ 1 tsp serbuk kunyit
➜ 1/4 tsp serbuk cili
➜ 1 tbsp tepung jagung
➜ 1 tbsp tepung beras
➜ 1/2 tbsp tepung gandum
➜ 1/2 tbsp tepung kastard
➜ 1/2 tsp minyak bijan

------- CARA MASAK --------
➜ Kerat bahagian hujung peha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
➜ Perap ayam bersama bahan² perap selama 30 minit
(Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).
➜ Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak..
➜ Angkat dan toskan..
➜ Susun ayam di atas pinggan yang sesuai.. Ketepikan.
➜ Goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
➜ Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari.. Tumis sehingga wangi.
➜ Kemudian masukkan bancuhan bahan² B dan tumis sehingga pecah minyak.
➜ Tambahkan air dan bahan² C.. Biarkan ianya mendidih.
➜ Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
➜ Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
➜ Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.
➜ Kukus ayam sehingga masak.
➜ Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.
➜ Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.

SELAMAT MENCUBA...!

Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>> skybluemelleymey.blogspot.com

RESEPIKU di @ Coretan Dapurku

No comments:

CORETAN DAPURKU. Powered by Blogger.