Ads Top

RESEPI AYAM MASAK KARI PAKISTAN


***memang mantop resepi kari ayam pakistan ni.Masaknya pun takderlah rumit sangat. Ianya tak menggunakan santan dan mudah sangat. Cuma masa untuk menumis tu ,nak lama sikit lah.Tapi hasilnya berbaloi.
------- BAHAN-BAHAN --------
➜ 1 ekor ayam - potong 16 bahagian
➜ 4 biji bawang besar - cincang
➜ 4 biji tomato merah - cincang
➜ 1 sudu makan halia kisar
➜ 1 sudu makan bawang putih kisar
➜ 1 sudu teh serbuk kunyit
➜ 2 sudu makan serbuk cili
➜ 1 sudu teh serbuk ketumbar
➜ 2 cawan air
➜ garam
➜ Sedikit hirisan gula melaka
➜ 1/2 cawan minyak
➜ garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa)
➜ hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
------- CARA MEMASAK --------
➜ Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
➜ Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
➜ Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
➜ Kacau hingga sebati dan masukkan air.
➜ Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
➜ Masukkan ayam dan gaul rata.
➜ Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (tambah sedikit serbuk pati ayam).
➜ Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
➜ Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
SELAMAT MENCUBA...!
>>>> KLIK SHARE <<<<
Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>> secuitrasaumiejazz.blogspot.com
RESEPIKU di Coretan Dapurku
lebih banyak resepi di http://coretandapurku.blogspot.com/

No comments:

CORETAN DAPURKU. Powered by Blogger.