Ads Top

RESEPI DAGING PALEMBANG


------- BAHAN-BAHAN --------
➜ 700 gram daging – potong lebar dan nipis
➜ 2 batang serai – dititik
➜ 500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik)
➜ 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
➜ minyak
------- BAHAN KISAR --------
➜ 1 labu bawang besar
➜ 5 biji bawang merah
➜ 3 ulas bawang putih
➜ 2 cm halia
➜ 3 cm lengkuas
➜ 15 biji cili kering
------- REMPAH PENUMIS --------
➜ 3 cm kulit kayu manis
➜ 2 kuntum bunga lawang
➜ 2 kuntum bunga cengkih
➜ 3 biji buah pelaga
------- CARA MEMASAK --------
➜ Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
➜ Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
➜ Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
➜ Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
P/S: jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.
- saya pula masukkan santan dan sedikit kerisik………….
Apa lagi.. jom kita makan!
SELAMAT MENCUBA...!
>>>> KLIK SHARE <<<<
Coretan resepi ni Mama Watie ambil dari blog ni
>>> www.potretkasih.com
RESEPIKU di Coretan Dapurku
lebih banyak resepi di http://coretandapurku.blogspot.com/

No comments:

CORETAN DAPURKU. Powered by Blogger.